top of page

Maklumat Umum

Berapa lamakah tempoh program ini?

Program ini berlangsung selama empat bulan, seperti yang dinyatakan dalam surat tawaran masing-masing.

  • Bulan pertama – Latihan

  • Bulan kedua hingga keempat – Bekerja sambil menjalani latihan (latihan di tempat kerja / on-the-job training)

Adakah saya akan menerima caruman KWSP dan PERKESO?

Ya. Caruman akan dipotong dan dikira berdasarkan gaji asas yang dinyatakan dalam surat tawaran anda.

Jika anda tidak mempunyai akaun KWSP atau PERKESO, Dattel akan mendaftarkan akaun tersebut bagi pihak anda.

Adakah saya akan dibekalkan dengan komputer riba?

Maaf, komputer riba tidak disediakan.

Bagaimanakah kehadiran direkodkan?

Dattel akan memberikan maklumat terkini berkaitan kehadiran dari semasa ke semasa.

Adakah gaji kami akan dipotong?

Seperti yang dimaklumkan dalam surat tawaran, Dattel berhak untuk membuat potongan gaji sekiranya terdapat sebarang isu yang berkaitan dengan ketidak patuhan program ini.

Adakah saya akan dinilai sepanjang program ini?

Ya. Anda akan dinilai berdasarkan prestasi seperti berikut:

  • Kehadiran: 30%

  • Penilaian : 30%

  • Penglibatan dalam aktiviti (Mematuhi semua arahan dan menyiapkan tugasan yang diberi): 30%

  • Keaktifan dalam kumpulan WhatsApp (menjawab soalan): 10%

Apakah kod pemakaian bagi program ini?

Peserta digalakkan berpakaian smart casual. Pemakaian yang tidak sesuai adalah tidak dibenarkan (contohnya: pakaian tanpa lengan, seluar pendek atau skirt pendek, selipar, topi, atau seluar jeans koyak). Pakaian formal digalakkan tetapi tidak diwajibkan.

Adakah lokasi sesi akan berubah sepanjang program?

Ya. Selepas peserta/pekerja ditempatkan bersama rakan kerjasama kami selepas tempoh latihan, lokasi sesi mungkin berubah (bergantung kepada lokasi peserta/pekerja).

Siapakah yang boleh dihubungi untuk pertanyaan lanjut?

Anda boleh menghubungi wakil Dattel yang disenaraikan dalam kumpulan WhatsApp rasmi program ini.

Saya tidak mempunyai akaun bank atau menghadapi masalah dengan akaun bank. Bolehkah saya menggunakan akaun ahli keluarga?

Tidak. Anda perlu membuka akaun bank baharu bagi tujuan pembayaran gaji.
Dattel akan menyediakan surat sokongan kepada pihak bank untuk memudahkan proses pembukaan akaun. Sila hubungi pihak Sekretariat untuk maklumat lanjut.

Bagaimanakah program ini akan dilaksanakan?

Program ini akan dilaksanakan secara hibrid.

Peserta/pekerja yang berada di kawasan Lembah Klang (Kuala Lumpur, Selangor, Putrajaya dan Cyberjaya) diwajibkan hadir ke kampus/pejabat (secara fizikal). Peserta di luar kawasan Lembah Klang akan mengikuti program ini secara dalam talian. Anda digalakkan untuk menghadirkan diri secara fizikal jika mampu.

Selepas tamat tempoh latihan (10–14 hari), peserta/pekerja akan ditempatkan bersama rakan kerjasama kami yang berdekatan dengan kawasan masing-masing. Kaedah pelaksanaan bersama rakan kerjasama mungkin berbeza, sama ada secara dalam talian, hadir ke pejabat rakan (secara fizikal) atau secara hibrid.

Peserta yang tidak mendapat penempatan bersama rakan kerjasama akan meneruskan program bersama kami.

Adakah saya diwajibkan hadir ke kampus/pejabat untuk program kick-off atau aktiviti-aktiviti tertentu?

Semua peserta diwajibkan hadir secara fizikal terutamanya peserta di kawasan Lembah Klang untuk program kick-off dan aktiviti-aktiviti tertentu.

Hanya peserta yang mendapat kelulusan awal daripada pihak Sekretariat dibenarkan mengikuti secara dalam talian.

Kehadiran akan direkodkan, dan tindakan tatatertib boleh diambil sekiranya berlaku ketidakpatuhan.

Sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi : thanga@dattel.asia (Thangathurai)

© 2026 by Dattel Asia Group. 

bottom of page